Just Be UrSelf...

Thursday, June 23, 2011

Super 8 vs. KL Gangster


Sebenarnya aku nak tulis 2 ari lepas, pas aku masuk keje time tue. Tapi disebabkan kemalasan dan penangguhan secara berkala, akhirnya aku dapat tulis pada pagi yang sweet nie. Hahaha. (Series, mata aku masih terang2 samar untuk menulis) S
o, aku nak story sikit tentang 2 filem yang aku berkesempatan menontonnya (tatabahasa yang indah,hehehe) pada beberapa hari yang lepas.

Super 8

Citer nie yang berkisahkan tentang sekumpulan budak pada akhir tahun 70-an, yang menyaksikan 1 kemalangan ngeri tahap CGI yang canggih (memang kewl) cuba siasat apa yang tak kena dengan kejadian tue. Bagi aku, citer nie memang best dan seronok untuk ditonton. Aku dengan selamba memberi ★★★ ½ dari 5 ★. Sebab jalan citernye simple, dan tak perlu sangat nak berpikir2 sampaikan kepala kena migrain... Aku suka tengok pelakon budak2nya yang memang series nampak profesional (aku agak diorang nie pelakon baru yang memang awesome dan leh berlakon filem2 lain lagi) lakonan diorang memang nampak sangat natural dan kewl. Dan aku memberi thumb ups kepada diorang ini... Pengakhirannya citer nie memang agak klise. Watak budak perempuan utama nie tak mati, budak lelaki yang syiok kat dia dapat selamatkan dia. pastue, alien pulang ke umah dengan selambanya selepas menjahanamkan tangki air.Hehehe.... Tapi aku still leh layan lagi citer nie coz aku nak tahu apa kesudahannya citer nie. Cuma, klise tue ar cam dah biase. Apapun, pasnie J.J Abrams selamat membuat filem yang lagi kewl dari nie.



KL Gangster

Citer KL Gangster nie memang aku xpernah terpikir pun tuk tengok pada mulanya. Tapi, bila aku baca surat kabo (online), aku baca blog hiburan dan blog yang x bape nak menghiburkan, masing2 dok puji melambung2 macam Mael Lambung tentang citer nie. Sehari jer tayang dah 1.5 juta... Giler kentang ar aku rasa citer nie pada mulanya. So, aku merasakan yang aku nak juga menjadi orang yang sumbangkan kutipan tiket itu. Yelah, sekarang nie katanya filem nie dah lebih 11 juta. Dengan harapan yang menggunung pun aku tengok ar citer nie.

Citer yang berkisahkan tentang Malik lakonan Aaron Aziz (dia memang kewl abis ar dalam citer nie, SO for him) yang baru lepas dipenjarakan 5 tahun coz dia nie kaki gangster kat KL. Dia ada adik (Jai, lakonan Adi Putra yang aku rasa okay ar, cuma aku x pueh ati bile time dia dok letak rokok kat bibir dia. Beb, kalo rasa xnak isap rokok, toksah nak selit2kan. Series nampak camdoh dan camyo jer) Malik nie nak 'cuci tangan' dari wat jahat. Tapi si Jai nie plak cam degil giler, tamak dan sanggup berlawan ngan abang sendiri. Pastue ada gak watak Shamsul Yusof, Shark(series aku memang x suka ngan dia dari dulu.hahaha) yang kononnya hebat ar walaupun dia sekadar anak tiri Taiko yang sangat berpengaruh kat KL, King (Ridzuan Hasim). Adalah pastue konflik, kisah kemasyarakatan sikit dan aksi2 gadoh bergadoh yang boleh tahan gak ar.

Oleh itu, aku dengan rasa yang cam nak tak nak telah memberikan ★★★★ / 5★ bagi citer nie. Citer nie bagi aku xderlah terlalu hebat seperti yang diwar2kan. Maybe Malaysia nie jarang ade citer gado2, balik2 citer antu, citer cinta... So, maybe citer nie ade kelainannya sendiri. Aku rasa, setiap kali si
Zizan nie kuar, mesti 1 panggung dok gelak. Dia memang giler klako ar. Cuma sedih gak ar, dia idup x lama dalam citer tue. Pelakon lain pun bagi aku hebat2 gak. bagi aku cam watak Dragon (Adam Korie) ngan Ajib (Sofi Jikan) memang terbaek ar.!! Series idup lakonan diorang.-Lu tau ka? Lu tau ka? Lu tak tau maa~Ayat si Ajib nie...

Cuma, ada certain time aku rasa citer nie cam citer kat RTM plak. Hahaha... Sebab, bila time mak dia tue, aku rasa cam tengok citer Gerak Khas, kisah anak derhaka. So, bagi aku Syamsul Yusof nie kena lari2 sikit dari ikot2 style bapak dia. Bosan dowh... Takder feeling kalo camtue. Tapi aku tetap ucap tahniah dan sekalung bunga buat team KL Gangster ar.. Hehehe. baik x aku? Cuma apa yang aku tahu sekarang nie dok kecoh pasal PEKIDA ngan citer nie. Entahlah, aku pun x amik port sangat coz malas nak layan segelintir perangai orang Malaysia yang xleh tengok orang senang. Senang sikit, mulalah ade yang x pueh ati. Apapun, aku doakanlah kes tue settle...

So, pasnie aku x sabo nak tunggu citer Transformer: Dark Of The Moon. Walaupun aku bukanlah follower citer nie, tapi tengok trailer series kewl. So, arap2 dapat tengok.... =*)