Just Be UrSelf...

Monday, January 9, 2012

Satu Perasaan..

Lama aku dah tak menulis kat blog nie. Tiba2 nak menulis hari nie.
Hurm... Arinie aku merasakan satu perasaan yang amat dahsyat. Perasaan yang andai boleh, aku ingin lempar, buang jauh2 rasa tue. Aku xnak dihasut atau digoda oleh syaitan untuk teruskan perasaan tue.
Perasaan Marah...
Rasa yang aku perlu beristighfar acapkali rasa ini mendekati aku.
Tapi rasa ini sering mendatangi aku sekarang nie. Aku sering diherdik, dimaki, dihina dan dijadikan bahan gurauan sehingga melebihi tahap kesabaran seseorang individu itu.
Aku cuba cari, apa salah aku? Apa kelemahan? Apa kekurangan? Apa yang aku lakukan hinggakan aku dilayan macam manusia yang takder tamadun.
Aku bukan minta dibayar ke, diberi duit apabila orang lain menghormati aku. Aku cuma mengharapkan agar aku diberi satu ruang penghormatan seperti orang lain.
Ade orang yang melayan aku seperti aku xder hati atau perasaan. Aku sedar, aku tak berpangkat tinggi, aku x bijak pandai. Tapi aku masih seorang manusia. Ada akal & fikiran, ada hati & perasaan.
Apa yang perlu aku lakukan tiap kali aku dihentam dengan kata2 yang sememangnya memeritkan dan memedihkan itu? Aku hanya mampu berdiam. Bersabar. Menyimpan dendam yang pastinya bagai tak terbalas.
Bila aku berkata2 semula, membela diri aku, dituduh aku suka menjawab. Dan mengharapkan sang pengutuk untuk tidak bercakap sampai bila2. Ya, memang aku mengharapkan agar katupan mulut itu, tapi bukalah andai ia diperlukan. Tak salah untuk jenaka, tak salah untuk hibur.. Tapi salah andai kata kata2 yang terucap itu sekadar lahir untuk menyakitkan hati orang lain.
Aku pernah terfikir untuk menganiaya atau melakukan sesuatu pada orang yang menyakiti aku. Tapi aku masih waras. Aku perlu bertahan. Aku perlu kesabaran yang tinggi. Insya'allah, Allah Ta'ala akan memberikan kesabaran dan kekuatan bagi aku dan mereka yang mempunyai nasih seperti aku.
Aku mohon padaMu Ya Allah, agar kuatkan iman dan kesabaranku bagi menempuh hari2 yang akan datang, di samping dengan insan2 yang lain. Amin...

Saturday, July 9, 2011

{{{(>_<)}}}

Pagi2 aku dah mula menaip...
Ini menunjukkan aku kat opislah. Hehehe...
Aku rase sangat giler terlalu amat mengantok sekarang.
Tapi aku xleh nak tido dulu.
Nak menemankan member g bekpes.
Dah lebih 24 jam aku x tido2...
Tapi aku still cam segar bugar2 coz minum Nescafe best (sebab aku yang buat) dekat 3 cawan.
Aku bukan wat ape pun keje nie.
Cuma aku tetap suka.
Kepala ting2 tong2 plak..
Tapi tetap nak kuar g bekpes.
Hahaha...
Senior aku nie plak awal2 dah buka cite2 politik.
Pasal Demokrasi BERSIH 2.0 semalam.
Aku malas nak layan benda2 politik nie.
Masing2 bagaikan nak menegak benang yang basah.
Hanya sekadar nak menjaga periok nasi sendiri.
Macam2 rasa pada diorang nie.
Benci, menyampah, sedih, geram.
Bagi aku, ketulusan dan kejujuran tue biarlah sebetulnya.
Kita kat dunia maybe leh main2 ngan undang2 dunia.
Kat akhirat nanti, dunia yang nyata....
Ko nak main2kan ape lagi?
Baru time tue dah nyesal x sudah (x sempat kot nak nyesal kat sana)
So....
Aku memang saje nak tulis ape2...
Nak membebel jap pepagi arinie.
Blog aku. Ape nak kisah..?

Wednesday, July 6, 2011

Dan Bila Perpisahan Itu Tiba...

Entri kali nie aku nak bercerita tentang perpisahan. Untuk bulan Julai 2011 nie memang aku agak sedih yang masih boleh terkawal tahap kesayuannya. Ada beberapa individu yang aku sayang, aku rapat akan berpindah dari Stesyen KLIA, dan ditukarkan unit dari Cawangan Pengurusan Maklumat (CPM,tempat aku bertugas sekarang) Actually, aku nie tak suka berpisah2. Huhuhu... Tapi dah namanya lumrah alam, setiap pertemuan mesti ade perpisahan... Maka jadinya, aku terimalah ngan ati yang sedih bagi mereka2 ini.

(Gambar kenangan yang misteri)

Nie Tuan Gather
more A/K Jagig. Dia kena tukar ke Sarawak coz memang dia ada mohon pun. Aku agak rapat ngan dia gak dalam 2tahun nie coz kadang2 aku tumpang ke tempat keje ngan dia coz kebetulan kitorang 1 shift. Aku ngan dia selalu gak jogging sama2. Yang menjadi retorik dan ironinya, dia nie baru jer mohon pertukaran, dan surat tue aku yang taipkan. Tup2, tak sampai 3 bulan, nama dia naik untuk ke Sarawak. Giler sedih...

Puan Noor Azwa Bt Harun. Masa aku awal2 ma
suk Unikomp (CPM) dia nielah yang paling baik, paling kewl ngan aku. Dia nie aku memang salute ar. Walaupun dia dah ade Master, tapi cara dia memang sangat humble. Tak pernah berlagak, tak pernah menunjuk2. Sebab tue aku admire kat dia. Dia akan bertukar ke HQ, Putrajaya kat CPM gak. Hehehe... Aku pernah wat confession depan dia, bila aku nak cari jodoh untuk pasangan hidup nanti, aku akan cari orang yang lebih kurang macam dia dari segi peribadinya. Kalo dia belum kahwin, memang akan aku masuk meminanglah gamaknya. ◕ ‿ ◕ Sekarang nie dia tengah sarat mengadung, insya'allah akan bersalin dalam bulan nie atau depan. So, aku doakan agar dia dan baby dia sihat. Amin...

Yang nie plak member+housemate aku yang memang paling kewl pernah aku duduk sama. Zam nie akan ditukarkan ke Penang. Alhamdulillah, setelah hampir 2-3 tahun turun naik minta tukor, akhirnya dapat juga dia pindah, dok ngan isteri dan anak dia. Kesian gak aku tengok setiap bulan duit, masa,tenaga tue banya abis kat jalanraya jer. Ulang-alik dari KLIA-Penang dekat 4-5 kali sebulan. Sian tue... Tapi, akus edih gak ar coz dia paling sporting, dia yang paling aku rapat coz selalu gak aku citer masalah peribadi pada dia. Sebab, maybe dia nie dah kahwin, pengalaman pun lebih ar. Hehehe...

Nie Nurul Asmawati Bin Md.Jusoh. Dia nie baru jer keje kalo x silap aku awal tahun lepas. Pas dia kahwin, dia minta tuko ke Kedah, pastue dapatlah baru2 nie. Husband dia keje sana, so maybe alasan dia kuatlah nak ke sana. Dia nie baru jer bersalin. Cuti bersalin pun x abis lagi... Tup2 dah kena tukar.

Dan yang nie plak antara senior2 aku yang akan ditukarkan ke unit lain.

Chief Mustapha.Dia nie memang kawan segelak yang kewl. Aku ingat aku ketawa dah cukup beso, rupanya ketawa dia lagi tinggi kadar altitudnya. Hahaha.... Dia cuma akan ke cawangan kargo jer ngan abang Hanizam. Tak jauh mana pun, kat bawah jer kalo diorang kena operasi. Kalo abang Hanizam, aku suka keje ngan dia. Dia akan bawa bekal makanan masakan ala2 melayu. Memang sedap gile... Bila makan jer, rasa cam teringat kat kampung. Chief Basaruddin plak kena tuko unit Eksport (still Kargo lagi) Dia nie bagi aku memang otai CPM. Bab2 komputer, dialah TERBAEK...! Rasa cam hilang sudah sebiji permata. Huuuuu.... Dan Chief Sukiman nie plak, baru jer tuko CPM, dah kena tuko balik ke tempat lain, Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1, MTB. Aku eprnah gak keje ngan dia dulu2 sebelum masuk CPM kat CPP 2, LCCT. Tapi biasa2 jer, tak rapat mana.

Kat sini aku nak ucapkan selamat bertugas kat tempat baru bagi kawan2 aku sekalian ini. Sedih memang sedih,. Tapi nak buat camner, dah namanya tugas serta tanggungjawab. So, harap2 kita semua still leh kontek2 walau dah jarang atau susah jumpa. Gonna Miss All Of U...o(╥﹏╥)o