Just Be UrSelf...

Saturday, July 9, 2011

{{{(>_<)}}}

Pagi2 aku dah mula menaip...
Ini menunjukkan aku kat opislah. Hehehe...
Aku rase sangat giler terlalu amat mengantok sekarang.
Tapi aku xleh nak tido dulu.
Nak menemankan member g bekpes.
Dah lebih 24 jam aku x tido2...
Tapi aku still cam segar bugar2 coz minum Nescafe best (sebab aku yang buat) dekat 3 cawan.
Aku bukan wat ape pun keje nie.
Cuma aku tetap suka.
Kepala ting2 tong2 plak..
Tapi tetap nak kuar g bekpes.
Hahaha...
Senior aku nie plak awal2 dah buka cite2 politik.
Pasal Demokrasi BERSIH 2.0 semalam.
Aku malas nak layan benda2 politik nie.
Masing2 bagaikan nak menegak benang yang basah.
Hanya sekadar nak menjaga periok nasi sendiri.
Macam2 rasa pada diorang nie.
Benci, menyampah, sedih, geram.
Bagi aku, ketulusan dan kejujuran tue biarlah sebetulnya.
Kita kat dunia maybe leh main2 ngan undang2 dunia.
Kat akhirat nanti, dunia yang nyata....
Ko nak main2kan ape lagi?
Baru time tue dah nyesal x sudah (x sempat kot nak nyesal kat sana)
So....
Aku memang saje nak tulis ape2...
Nak membebel jap pepagi arinie.
Blog aku. Ape nak kisah..?

Wednesday, July 6, 2011

Dan Bila Perpisahan Itu Tiba...

Entri kali nie aku nak bercerita tentang perpisahan. Untuk bulan Julai 2011 nie memang aku agak sedih yang masih boleh terkawal tahap kesayuannya. Ada beberapa individu yang aku sayang, aku rapat akan berpindah dari Stesyen KLIA, dan ditukarkan unit dari Cawangan Pengurusan Maklumat (CPM,tempat aku bertugas sekarang) Actually, aku nie tak suka berpisah2. Huhuhu... Tapi dah namanya lumrah alam, setiap pertemuan mesti ade perpisahan... Maka jadinya, aku terimalah ngan ati yang sedih bagi mereka2 ini.

(Gambar kenangan yang misteri)

Nie Tuan Gather
more A/K Jagig. Dia kena tukar ke Sarawak coz memang dia ada mohon pun. Aku agak rapat ngan dia gak dalam 2tahun nie coz kadang2 aku tumpang ke tempat keje ngan dia coz kebetulan kitorang 1 shift. Aku ngan dia selalu gak jogging sama2. Yang menjadi retorik dan ironinya, dia nie baru jer mohon pertukaran, dan surat tue aku yang taipkan. Tup2, tak sampai 3 bulan, nama dia naik untuk ke Sarawak. Giler sedih...

Puan Noor Azwa Bt Harun. Masa aku awal2 ma
suk Unikomp (CPM) dia nielah yang paling baik, paling kewl ngan aku. Dia nie aku memang salute ar. Walaupun dia dah ade Master, tapi cara dia memang sangat humble. Tak pernah berlagak, tak pernah menunjuk2. Sebab tue aku admire kat dia. Dia akan bertukar ke HQ, Putrajaya kat CPM gak. Hehehe... Aku pernah wat confession depan dia, bila aku nak cari jodoh untuk pasangan hidup nanti, aku akan cari orang yang lebih kurang macam dia dari segi peribadinya. Kalo dia belum kahwin, memang akan aku masuk meminanglah gamaknya. ◕ ‿ ◕ Sekarang nie dia tengah sarat mengadung, insya'allah akan bersalin dalam bulan nie atau depan. So, aku doakan agar dia dan baby dia sihat. Amin...

Yang nie plak member+housemate aku yang memang paling kewl pernah aku duduk sama. Zam nie akan ditukarkan ke Penang. Alhamdulillah, setelah hampir 2-3 tahun turun naik minta tukor, akhirnya dapat juga dia pindah, dok ngan isteri dan anak dia. Kesian gak aku tengok setiap bulan duit, masa,tenaga tue banya abis kat jalanraya jer. Ulang-alik dari KLIA-Penang dekat 4-5 kali sebulan. Sian tue... Tapi, akus edih gak ar coz dia paling sporting, dia yang paling aku rapat coz selalu gak aku citer masalah peribadi pada dia. Sebab, maybe dia nie dah kahwin, pengalaman pun lebih ar. Hehehe...

Nie Nurul Asmawati Bin Md.Jusoh. Dia nie baru jer keje kalo x silap aku awal tahun lepas. Pas dia kahwin, dia minta tuko ke Kedah, pastue dapatlah baru2 nie. Husband dia keje sana, so maybe alasan dia kuatlah nak ke sana. Dia nie baru jer bersalin. Cuti bersalin pun x abis lagi... Tup2 dah kena tukar.

Dan yang nie plak antara senior2 aku yang akan ditukarkan ke unit lain.

Chief Mustapha.Dia nie memang kawan segelak yang kewl. Aku ingat aku ketawa dah cukup beso, rupanya ketawa dia lagi tinggi kadar altitudnya. Hahaha.... Dia cuma akan ke cawangan kargo jer ngan abang Hanizam. Tak jauh mana pun, kat bawah jer kalo diorang kena operasi. Kalo abang Hanizam, aku suka keje ngan dia. Dia akan bawa bekal makanan masakan ala2 melayu. Memang sedap gile... Bila makan jer, rasa cam teringat kat kampung. Chief Basaruddin plak kena tuko unit Eksport (still Kargo lagi) Dia nie bagi aku memang otai CPM. Bab2 komputer, dialah TERBAEK...! Rasa cam hilang sudah sebiji permata. Huuuuu.... Dan Chief Sukiman nie plak, baru jer tuko CPM, dah kena tuko balik ke tempat lain, Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1, MTB. Aku eprnah gak keje ngan dia dulu2 sebelum masuk CPM kat CPP 2, LCCT. Tapi biasa2 jer, tak rapat mana.

Kat sini aku nak ucapkan selamat bertugas kat tempat baru bagi kawan2 aku sekalian ini. Sedih memang sedih,. Tapi nak buat camner, dah namanya tugas serta tanggungjawab. So, harap2 kita semua still leh kontek2 walau dah jarang atau susah jumpa. Gonna Miss All Of U...o(╥﹏╥)o

Friday, June 24, 2011

ML Final ♛ & The Longest Yard

Semalam berakhirlah Maharaja Lawak (Final) setelah 13 minggu bersiaran. Aku mula2 bukanlah peminat tegar Maharaja atau raja lawak sebenarnya. Cuma, cam seronok plak bile dah tengok bekas2 juara dan bintang Raja Lawak dari musim 1-5 bertanding. Dan sekarang, aku sedang cuba mendownload episod2nye sebelum aku membuang siaran Astro Warna.Hahaha... Tue pun member umah aku si Zam minta gak. So, aku mendatangi ke opis dengan awalnya pun.

ML Final ♛
Maharaja Lawak nie memang giler kewl ar bagi aku. Bila semua star2 Raja Lawak yang lama2, sampai yang baru dok bersaing tuk dapatkan gelaran tue. memang gile gempita gamatnya ar. Aku paling suka sekali Jozan ngan Sepah. Diorang leh watkan aku gelak walaupun xnak gelak. Masa Final Sepah, Jozan,Nabil ngan Jambu dapat masuk. So, aku memang target ar yang Sepah nie gerenti leh kalahkan Jozan walaupun pada awalnya memang hampir setiap minggu gak si Jozan nie kedudukan no.1. So, alhamdulillah ar, rezeki Sepah.

Malam Final nie dimulakan ngan Nabil pastue Jambu. Persembahan diorang biasa2 jer. Takder best mana pun. Tapi, bila time Sepah wat persembahan, memang aku hampir gelak guling2 ar. Lagi bile Jep Sepah nie dok bawa karakter Ustazah Siti Nor BahyahMemang gile2 sengal ar... Tapi, apa yang aku respek lawak Sepah nie memang series berunsurkan kemelayuan dan ada nilai2 positif yang kewl.
Pastue, Jozan plak wat persembahan. Bolehlah tahan... Cuma, time nie memang aku dapat rasa yang Sepah maybe leh jadi Champion ML♛♛♛

Pastue, persembahan kedua plak temanya Komedi Muzikal. Time nie masing2 memang giler best ar. Nabil wat kisah pengemis, then nyanyi lagu Bruno Mars-The Lazy Song yang diubah liriknya. Memang best, cuma masa jer selalu si Nabil nie problem. mesti running out of time selalunya. Pastue Jambu plak. Yang nie pun klako gak. Siap bawa Zila Bakarin plak tue. (Diorang memang pernah gak wat lawak pasal Zila Bakarin nie) Best ar gak. Pastue bila Sepah plak, aku memang terus golek2 di sebelah Patrick Star. Hahaha... Siap bawa Dafi (sukalah Shuib yang tak abes2 ngan Dafi dari awal) Baek Punyerrrrr......
Last sekali Jozan. Diorang bawa watak Acai ngan Mael Lambung. Time nie aku memang dah giler teruk ketawa. Takleh tahan dah. Memang TERBAEK ar diorang. Aku tabik pada Jozan nie. Diorang punye lawak sempoi2 alam...

So, pengumuman dah dibuat. Sepah juara ♛ ML ♛
Jozan No.2, Nabil No.3 dan Jambu No.4.. Apapun aku memang cukup2 terhibur ngan lawak2 diorang nie. Standing Ovation aku bagi kat diorang semua.

Lepas abis ML Final, aku layan The Longest Yard 2005. Memang aku bagi ✮✮✮ ⅗ ar movie nie. Giler kewl,awesome,TerBAEK bagi aku. Actually, citer nie remake dari citer pada tahun 1974 (time nie Burt Reynold yang pegang watak Paul "Wrecking"), tapi bagi tahun 2005 watak tue Adam Sandler yang pegang. So, Adam Sandler nie memang gile2 wataknya. Aku suka xiter nie coz ada Rapper ngan ramai Wrestler ade dalam citer nie. Rapper cam Nelly, pastue Wrestler cam Bill Goldberg, Kevin Nash,The Great Khali, Steve Austin ada berlakon dalam citer nie.

Citer nie senang jer temanya. Banduan nak lawan pegawai penjara untuk American Football pas Paul Wrecking nie masuk penjara coz dia jual permainan. Pastue, bermula kisah2 camner si Wreck nie nak cari pemain. Citernya memang mempunyai unsur2 ganas yang tak melampau sangat coz yelah, kan banyak Wrestler dalam citer nie. Banduan vs Pegawai Penjara. Time2 nielah dapat kasi balas dendam kat Pegawai2 yang perangai cam hampeh. Lagi dapat hentam, bantai Pegawai2. Seronok tue...
Adalah konflik, ada unsur2 kekeluargaan, setia kawan, kejujuran dan kekuatan... Memang bagi aku citer nie sangat2 syiok, dan best. So, aku pun melayannya dengan coklat Daim.

Tup2 tengok, dah pukul 2 pagi. Ingat nak tido kat luar jer coz aku dah siap bentang comforter, siap bawa si Patrick lagi. Last2, aku masuk bilik coz cam x best jer tido luar. Bengong~~~~

Thursday, June 23, 2011

Super 8 vs. KL Gangster


Sebenarnya aku nak tulis 2 ari lepas, pas aku masuk keje time tue. Tapi disebabkan kemalasan dan penangguhan secara berkala, akhirnya aku dapat tulis pada pagi yang sweet nie. Hahaha. (Series, mata aku masih terang2 samar untuk menulis) S
o, aku nak story sikit tentang 2 filem yang aku berkesempatan menontonnya (tatabahasa yang indah,hehehe) pada beberapa hari yang lepas.

Super 8

Citer nie yang berkisahkan tentang sekumpulan budak pada akhir tahun 70-an, yang menyaksikan 1 kemalangan ngeri tahap CGI yang canggih (memang kewl) cuba siasat apa yang tak kena dengan kejadian tue. Bagi aku, citer nie memang best dan seronok untuk ditonton. Aku dengan selamba memberi ★★★ ½ dari 5 ★. Sebab jalan citernye simple, dan tak perlu sangat nak berpikir2 sampaikan kepala kena migrain... Aku suka tengok pelakon budak2nya yang memang series nampak profesional (aku agak diorang nie pelakon baru yang memang awesome dan leh berlakon filem2 lain lagi) lakonan diorang memang nampak sangat natural dan kewl. Dan aku memberi thumb ups kepada diorang ini... Pengakhirannya citer nie memang agak klise. Watak budak perempuan utama nie tak mati, budak lelaki yang syiok kat dia dapat selamatkan dia. pastue, alien pulang ke umah dengan selambanya selepas menjahanamkan tangki air.Hehehe.... Tapi aku still leh layan lagi citer nie coz aku nak tahu apa kesudahannya citer nie. Cuma, klise tue ar cam dah biase. Apapun, pasnie J.J Abrams selamat membuat filem yang lagi kewl dari nie.



KL Gangster

Citer KL Gangster nie memang aku xpernah terpikir pun tuk tengok pada mulanya. Tapi, bila aku baca surat kabo (online), aku baca blog hiburan dan blog yang x bape nak menghiburkan, masing2 dok puji melambung2 macam Mael Lambung tentang citer nie. Sehari jer tayang dah 1.5 juta... Giler kentang ar aku rasa citer nie pada mulanya. So, aku merasakan yang aku nak juga menjadi orang yang sumbangkan kutipan tiket itu. Yelah, sekarang nie katanya filem nie dah lebih 11 juta. Dengan harapan yang menggunung pun aku tengok ar citer nie.

Citer yang berkisahkan tentang Malik lakonan Aaron Aziz (dia memang kewl abis ar dalam citer nie, SO for him) yang baru lepas dipenjarakan 5 tahun coz dia nie kaki gangster kat KL. Dia ada adik (Jai, lakonan Adi Putra yang aku rasa okay ar, cuma aku x pueh ati bile time dia dok letak rokok kat bibir dia. Beb, kalo rasa xnak isap rokok, toksah nak selit2kan. Series nampak camdoh dan camyo jer) Malik nie nak 'cuci tangan' dari wat jahat. Tapi si Jai nie plak cam degil giler, tamak dan sanggup berlawan ngan abang sendiri. Pastue ada gak watak Shamsul Yusof, Shark(series aku memang x suka ngan dia dari dulu.hahaha) yang kononnya hebat ar walaupun dia sekadar anak tiri Taiko yang sangat berpengaruh kat KL, King (Ridzuan Hasim). Adalah pastue konflik, kisah kemasyarakatan sikit dan aksi2 gadoh bergadoh yang boleh tahan gak ar.

Oleh itu, aku dengan rasa yang cam nak tak nak telah memberikan ★★★★ / 5★ bagi citer nie. Citer nie bagi aku xderlah terlalu hebat seperti yang diwar2kan. Maybe Malaysia nie jarang ade citer gado2, balik2 citer antu, citer cinta... So, maybe citer nie ade kelainannya sendiri. Aku rasa, setiap kali si
Zizan nie kuar, mesti 1 panggung dok gelak. Dia memang giler klako ar. Cuma sedih gak ar, dia idup x lama dalam citer tue. Pelakon lain pun bagi aku hebat2 gak. bagi aku cam watak Dragon (Adam Korie) ngan Ajib (Sofi Jikan) memang terbaek ar.!! Series idup lakonan diorang.-Lu tau ka? Lu tau ka? Lu tak tau maa~Ayat si Ajib nie...

Cuma, ada certain time aku rasa citer nie cam citer kat RTM plak. Hahaha... Sebab, bila time mak dia tue, aku rasa cam tengok citer Gerak Khas, kisah anak derhaka. So, bagi aku Syamsul Yusof nie kena lari2 sikit dari ikot2 style bapak dia. Bosan dowh... Takder feeling kalo camtue. Tapi aku tetap ucap tahniah dan sekalung bunga buat team KL Gangster ar.. Hehehe. baik x aku? Cuma apa yang aku tahu sekarang nie dok kecoh pasal PEKIDA ngan citer nie. Entahlah, aku pun x amik port sangat coz malas nak layan segelintir perangai orang Malaysia yang xleh tengok orang senang. Senang sikit, mulalah ade yang x pueh ati. Apapun, aku doakanlah kes tue settle...

So, pasnie aku x sabo nak tunggu citer Transformer: Dark Of The Moon. Walaupun aku bukanlah follower citer nie, tapi tengok trailer series kewl. So, arap2 dapat tengok.... =*)


Tuesday, June 14, 2011

I ❤ Them...!



Salam semua...
Hari nie aku nak tulis tentang orang2 yang aku sayang giler. Dah tentu2nya family aku, mak aku adalah wanita yang aku gile sayang❤❤❤, dan ayah aku adalah lelaki yang aku amat sayang❤❤❤.

Yang nie ibunda tercinta (ehem2) hehehe.. Noridah Bte Mohamed @ Mahmood dan ayahanda yang kewl, Ismail Bin Selamat.

Yang nie pula adik beradik aku. Aku anak lelaki sorang dari 6 orang adik beradik. Aku anak nombor 5. Tak tengah tak hujung sangatlah. So, kiranya aku nie adelah semangat2 keperempuanan dalam diri nie. tapi, takderlah aku punya naluri tue nak sampai jadi perempuan. Uiksss... Haram... Dosa besar tue mengubah kejadian Tuhan. So, tanpa menyeleweng dari tajuk asal, hehehe... aku menyambung citer tentang kakak aku. Biasalah, yang pertama dipanggil Along❤, pastue Angah❤, Ateh❤, Kakak❤ (Didi), dan adik❤ aku... Untungnya, aku dapat agak mahir gak masak yang simple2 macam kari ayam, asam pedas, tom yam ngan sambal goreng. Tapi, takleh lawan kehebatan Along ngan Angah. Diorang lagi expert, terutama wat kueh-mueh. So, kalo ade sape2 nak wat tempahan, kontek aku. Hehehe... (Tengkiyu kepada mak saya kerana dialah yang ajar masak kat kitorang.)

❤Yang nie gambo family Along. Suami dia kitorang panggil Abang Jas yang keje maintanance, anak dia yang pertama Aidil, kemudian Adham dan akhir sekali Aina. Along duk selang 4 rumah jer dari umah mak aku. Hehehe.. Dekat senang, leh tuko2 lauk, kongsi2 lauk.

❤Yang nie plak keluarga Angah.. Abang Asek dia punya husband, yang aku selalu tolong nyawit kebun dia sebelum keje Kastam.Dia nie pun keje akar wataniah gak. Sebab tue dia nie agak *panas baran*. Huhu.. Anak dia Balqish yang bagi aku memang cerdik budaknya, Jijan yang berat dan psiko serta Lukman yang senyum jer (time nie Angah tengah pregnantkan dia). Diorang nie dah plan nak duk sendiri, tapi macam xbest ar pula coz kesian mak aku takder kawan kat umah nanti. Walaupun dia kadang2 mengeluh sebab penat jaga cucu2, tapi aku tahu. Dia sayang giler kat cucu dia dari anak dia. Hahaha....



❤Nie plak adik angkat aku a.k.a anak angkat mak aku. Dia sekarang study kat UPNM kot, nanti kuar jadi Pegawai TLDM.. Lebih kurang camtuelah sejarahnya. Aku bukan amik tahu sangat coz hampir semua family aku ade terlibat ngan askar, so dah malas nak amik tahu.. Hahaha... Actually, mak aku amik dia jadi anak angkat since kitorang sekolah sama kat SMK Simpang Rengam. Dia nie anak yatim, so memandangkan aku jer anak lelaki sorang, dengan ati terbukanya mak aku amiklah dia jadi anak angkat dan secara tak langsung, jadi adik aku.

❤Yang nie member+cousin+kawan+rakan=SAHABAT YANG AKU SAYANG GILER..!!!! Ewan namanya... Kitorang start kenal dari SMK Simpang gak ar. mula2 kawan2 pastue rupanya2 cousin. hehehe... Mak aku pun dah anggap dia nie macam anak sendiri. Dan dia gak lulusan degree dari USM yang kononnya muka cam Shahir AF (giler benci aku ngan Shahir) yang kadang2 menjadi tempat luahkan rasa ati aku. hahaha... SAYANG KO EWAN..!


So, kesimpulannya... AKU SAYANG KAT SEMUA DI ATAS..! ❤❤❤❤❤

Saturday, June 11, 2011

Aku TAK Benci, Tapi Aku MENYAMPAH! m(><)m

Aku arinie nak lepaskan geram sikit pada member umah aku Dha** yang memang dah lama aku menyimpan marah☄☄☄
Actually, dia nie dok umah aku sewa nie pun atas dasar kawan pada kawan akulah. Mula2 okaylah dia nie. Then, dah dok umah dekat dua tahun, terserlah ke*tenuk*an perangai dia. Aku cam rasa nak pukoi jer dia nie, tapi aku sebagai seorang yang baik ati hanya sekadar menyimpan perasaan itu. Hehehe...
Dia nie budak Sarawak, keje kat bahagian CSK (macam pencegah tapi advance sikit kot), so gaji+elaun dia nie memang membuak2 ar coz aku pernah tengok penyata gaji dia sebulan dalam 2k something. So, bagi aku xder ape2 problem kalo nak dikiranya.
Tapi, ape yang mencipankan perangai dia nie, dia nie selalu ngadu yang duit umah seolah2 mahal. Dia pernah tanya aku yang dia x selalu tengok Astro, takkan kena bayar Astro??? What The Heckkkk? Dia pernah minta x bayar duit umah coz dia ade operasi sebulan kat luar. Series sh*t ar perangai. Abis tue, aku yang kursus 2 bulan lebih, kena potong elaun umah (coz aku yang penama umah nie, jadi aku KETUA umah lah) takderlah plak aku dok mengegehkan diri.
Lagi 1, dia nie memang giler suka berlagak. Baru nie dia pakai Blackberry Torch selepas menggunakan I-Phone. pastue, masa makan kat kedai, siap sound2 aku, nganjing2 aku yang menggunakan henset Nokia biasa. Lantak lu ar...! Aku guna henset nie x berhutang!
Dia nie plak suka ngabiskan rokok aku. Pernah aku letak rokok kat luar yang baru beli. Esok tengok, dah tinggal separuh. Pastue tak reti nak cakap ke yang dia ade hisap rokok aku tue. Buat2 tak tahu jer. Ingat aku nie Pusat Kebajikan ke? Sesuka nak memberi... Bukan nak berkira sangat, sebab dia nie bagi aku memang suka berkira. Nak ikut ikhlas atau tak tue, memang aku x pernah ikhlas ar kalo dia minta ape2.
Yang terbaru, dia beli air kotak laici size besar 1 karton ngan air 100 plus tin. Siap upload dalam fb kononnya stok sebulan. Aku balik umah, siap usyar2 aku kata kalo nak minum nanti bayar ea. Time tue aku sekadar menjawab *aku x minum ar air yang ko beli. akux suka* dan dia diam begitu. hahaha.. Pueh ati den time tue! Pastue, nak kuar umah g karok, siap tutup2 semua suis, katanya nak jimatkan bil elektrik. Aku dengan tenang menjawab *kalo nak jimat, senang jer. ko main Ps3 tue, ingat2 sikit. Jangan ko tido, tapi Ps3 tue terpasang lagi. Dia tetap jawab.. Dia nie memang dasar stupid tol!
Sebut pasal karok pun aku tak minat sangat join ngan dia. Dia nie time orang nyanyi, dia pun nak nyanyi. Tak kisah ar lagu ape. Pop ke, rock ke, waima lagu hip hop aku bawa pun dia nak nyemak gak. Nak jer aku bagi mic tue kat muka dia. tapi aku malas nak amik port sebab karok pun just nak enjoy. Huhuhu...
So, kat sini aku nak explain kiraan pembayaran bil bagi setiap bulan kalo kat umah aku:
✒elaun umah aku yang dipotong: RM330.00
✒bil elektrik: RM 60-70
✒bil air: RM 10-15
✒bil astro: RM93
so, semuanya lebih kurang RM480-500 ar secara kasarnya dalam sebulan. Kalo dibahagikan kepada 5 orang, termasuk aku mestilah RM100 sorang. Itu pun dia masih merungut. Dia x kira yang aku beli toiletries cam sabun mandi, syampu, ubat gigi atau bahan mentah cam sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, tisu dan sebagainya yang guna duit AKU sorang.Dengan umah yang aku rase dah fully furnished gak ar. Takder pula aku mengira semua tue..
Aku ade rancang nak kuarkan jer dia dari umah aku. tapi sian plak aku tengok member kampung dia si Ab nie yang dok sekali bilik dia. Agaknya, terseksa gak si Ab dengan perangai cipan si Dha** nie.
Sekarang nie aku just perhatikan jer. kalo lelebih jer, siaplah... AKu akan terus terjah tanpa rasa bersalah. Malas nak simpan2 lagi. >.< (>‘o’)>

NUr KAsih THe MOvie Vs X MEn FIrst CLass

Dua movie nie memang berbaloi2 giler aku tengok. Kiranya, x membazir beli tiket wayang tue. Aku tengok kat Pavillion, Kuala Lumpur.Tengok sama2 dengan Mr Rashidi a.k.a new bestfren. Hehehe... Kitorang tengok Nur Kasih dulu, then tengok X Men. Tengkiyu CD.❣

Nur Kasih The Movie
➝➝✈
Aku sebagai peminat kipassusahmati Nur Kasih nie, memang rasa giler best ar. Cuma, rasa macam nak suruh Kabir Bhatia adekan sambungannya jer. Aku suka jalan citer yang berunsurkan islamik dan realistik nie walaupun aku bukanlah penggemar citer2 romantik. Hahaha.. Kecuali citer nie ar. Aku kasi 8.5/10
Sinematografi best, plot citer elok dan pelakon memang mantap.. (actually, nak nangis gak adegan Adam ngan mak dia berbual kat ruang tamu masa dia dah sakit tue.. Kuar panggung terus tepon mak aku. hehehe) Dan aku juga suka ngan dialog2 nye... Antara yang aku hafal,
abang memang suka pada Nur. Abang percaya, apa yang diaturkan adalah terbaik.. Nur milik Adam, bukan milik abang Nur janji dengan abang, jangan tanggalkan lagi ye, Jangan tanggalkan lagi...

Friday, June 10, 2011

A.M.N.E.S.I.A


This is my story...
Aku menulis arinie sebab aku nak tahu korang tahu ape tue amnesia? Adakah ianya sejenis penyakit? Pesakit? Atau jenama rakit... Hehe. Okay2, masuk tahap serius nie. Amnesia adalah suatu keadaan di mana memori terganggu atau hilang. Punca amnesia secara tradisional telah dibahagikan ke dalam kategori. Punca fungsional adalah faktor psikologi, seperti gangguan mental, stres pasca-traumatik atau, dalam hal psikoanalitik, mekanisme pertahanan.(credit to Wikipedia)
Jadinya, aku ade tengok 2 cite
r nie Samantha Who? (drama bersiri yang menceritakan tentang Samantha Newly yang menghidap *Retograde Amnesia* selepas dilanggar lari oleh wanita yang merupakan ex-wife boss dia coz time tue dia couple ngan boss dia.
Dan 1 lagi citer movie, 50 First Dates lakonan Adam Sandler ngan Drew Barrymore. Kisah Lucy yang mengidapi amnesia *Goldfield Syndrome* yang lagi terukdari Samantha coz dia x dapat ingat ape2 peristiwa yang berlaku pada diri dia dalam satu hari yang baru, kecuali memori sebelum dia eksiden..
Jadi...
Aku menulis nie sebab aku merasakan yang aku juga mungkin salah seorang penghidap AMNESIA. huhu.. sedih gak bile difikirkan semula. Cuma, dah itu takdirnya. Nanti aku akan jumpa semula psikatri selepas hampir setahun aku x jumpa. Nie gambo aku pas eksiden.. Eksiden yang aku tempuh pada 08 April 2008, malam besday aku yang ke 20. Nak celebrate kat Pizza, tak dapat jadinya celebrate kat hospital Putrajaya. Series, sampai sekarang aku x dapat nak ingat ape2 yang berlaku pada malam kejaidan, dan 2 bulan seterusnya... Sedih tue. Now, aku kena kuatkan semangat, support dari family aku memang terbaik, kawan2 pun sama... *yang x faham pasal aku, aku pun malas nak tahu pasal korang* Apa yang aku harap, aku boleh sembuh dah betul2 okay macam dulu.Amin... ★ ☆ ✰

Back To December... (Especially To Someone...)

Arinie aku nak citer sikit pasal somebody nie.. Aku panggil dia Puan Min coz dia W41 (Penguasa Kastam).. So, aku kena respek dia ar.. Hehehe... Sebenarnya aku kenal dia last year, kenal secara rapat. Maksud rapat tue, aku selalu hang out ngan dia. Mula2 tue takder ar hard feeling sangat, then masa kat tengah2 tue adalah rasa feel2 sikit... Huhuu.. Then, atas dasar kawan, aku respect dia, dan dia respect aku.. Semalam, 9 Jun 2011 dia nikah ngan tunang dia, keje Petronas tue... nak dibandingkan ngan aku yang Pegawai kastam biasa nie manalah sama.. Tapi, yang peliknya semalam aku asik teringatkan memory kitorang plak.. huhuhu... Aku rindu kot kat best friend aku nie.. Maybe ada rasa cinta juga. Entahlah... Lagu nie macam lagu tema kitorang ar, selain dari lagu Gio-Bila cinta (ost Lagenda Budak Setan).. Aku doakan dia bahagia dengan husband dia hingga ke akhir hayat... Amin.. (sedih,kecewa...)

Thursday, June 9, 2011

Lama Giler...!!!


Hahaha...
Giler lama aku x membebel kat blog sendiri. Aku jarang sangat nak buka, lagilah menaip.
So..... Takder citer ape2 pun walaupun dah almost setahun since bulan 8 tahun lepas aku tak conteng2 di sini.
Erm... Apa yang aku leh simpulkan, aku ada beli *baby* baru, namanya Nikon D3100. Hehehe... Sayang aku kat dia nie. So, nie lah antara gamba2 yang aku ade snap2. Nanti aku ingat nak belajar ar camner nak nak tangkap gambar profesional....